♬♪♫ ヾ(*・。・)ノ ♬♪♫ Welcome To Myra Atiera World ヾ(^∇^)

♬♪♫ ヾ(*・。・)ノ ♬♪♫ Welcome To Myra Atiera World ヾ(^∇^)

Sabtu, 28 Disember 2013

~~~~ Praktikal Oh Praktikal ~~~~

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera..
Hampir 5 bulan aku tak jenguk blog aku ni.. nak tiup pun, aku tak nampak pulak habuk.. huhuhuhu.. jadi aku just tengok balik apa je yang aku dah post sebelum ni.. rupanya aku memang tak banyak post cerita.. aku bukannya apa, susah betul nak bercerita, tapi kalau dah mula mengarang tu, dah tak ingat dunia dah.. hehehehe..
Okeylah, berbalik pada tajuk kat atas tu, aku sekarang ni menjadi satu-satunya budak praktikal kat Corporate Finance & Services (CFS) Department kat HQ Lembaga Tabung Haji KL.. Sorrylah baru nak kecoh bagitahu kat sini sedangkan dah tinggal dua minggu je lagi aku nak tamatkan Latihan Industri ni.. Rasa tak sabar nak masuk kolej balik.. betul cakap orang, bila kita sekolah rendah, kita akan ingat tadika, bila masuk menengah, kita ingat sekolah rendah kita, bila dah masuk U kita nak sekolah menengah balik, dan bila kita kerja kita harap kita menjadi pelajar seumur hidup.. 
Walaupun aku ni sekadar pelajar LI, aku dapat rasa macam mana tekanan bila melakukan setiap tugasan.. lebih-lebih lagi staff kat jabatan tu, ramai yang berpangkat manager, senior manager dan dua orang bos besar pangkat General Senior Manager.. memang janggal giler.. Bila asyik tukar-tukar bos ni, aku jadi pening pulak, nak bagi kat sape lah borang penilaian aku tu.. apa-apa pun  aku harap sangat aku dapat tinggi untuk LI, aku harap sangat Final Sem tak kan buat pointer aku merudum secara mengejut..
So, sampai sini je lah aku mengarut.. ada masa aku akan sambung lagi bercerita kat sini.. untuk korang yang sudi meluangkan masa membaca celoteh mengarut aku ni aku ucapkan bebanyak terima kasih.. ada masa, singgah la lagi ye.. ^_^ korang sentiasa dialu-alukan.. annyeongg...
~~~ Wish Me Luck ~~~

Jumaat, 31 Mei 2013

NEW LIFE..????

NEW LIFE


Zap.. zap.. (sapu habuk)..  ASSALAMUALAIKUM.. 
sedar tak sedar.. cuti sem nak habis dah.. tinggal seminggu je lagi untuk permulaan semester lima.. tapi itu bukan cerita yang berkaitan dengan tajuk kat atas.. tepat jam 12 pagi pada 31 Mei tadi bermula suatu azam yang baru bagi aku.. pada tarikh ini iaitu ulangtahun aku yang ke-20.. (oh mummy.. aku dah ada angka dua..) jadi azam aku.. aku nak jadi matang.. (matang..??? boleh ke...??) entah la.. aku pun tak sure, boleh or not.. pape pun just wish me luck okey.. aku pun nak cuba lupakan segala masalah yang tak sepatutnya menjadi masalah bagi aku.. (boleh ke..??) aku akan cuba.. tentang kehidupan, perasaan, dan pelajaran yang sedikit serabai, aku akan cuba perbaiki dan ubah apa yang patut..
dan esok merupakan hari bahagia seorang kawan aku.. walaupun aku tahu bukan dari diri dia sendiri, aku doakan dia bahagia menjalani bahtera perkahwinan.. tipulah kalau aku cakap aku tak terasa, tapi mungkin kerana perselisihan lalu.. lagi pun kawan baik dia dah tahu tentang ni, cuma aku je yang terlambat tahu.. tapi itu dah cukup bagi aku bahawa dia tetap ingat kawan dia.. SALAM BAHAGIA BUAT KAWANKU.. (Amnah, maafkan saya atas kesilapan lalu dan saya sentiasa doakan kebahagiaan awak..)

Selasa, 9 April 2013

Yeah..!!!! CUTI KEMBALI...

Yeah..!!!! CUTI KEMBALI...
 ヾ(*・。・)ノ 
Assalamualaikum kepada semua yang berkunjung ke Myra Atiera world.. (entah ada ke pun yang jenguk blog aku ni) pape pun cuti semester aku bermula lagi.. sedar tak sedar dah tahun kedua aku bergelar mahasisiwi diploma perbankkan islam.. seronok dan ada yang tak seronok.. tapi kira okey lah.. 
Untuk cuti kali nie, aku nak sambung mengarang novel yang tergendala sejak bertahun lamanya.. hheeeeemmmm.. (mak kata tak baik mengeluh) tapi nak wat camne, lumrah manusia asyik mengeluh je.. memang susah untuk mengarang.. susah nak menterjemahkan imiginasi ke bentuk penulisan.. aku dah search sikit pasal macam mana nak menulis novel dan antaranya :

  1. menentukan sebuah tema yang menarik dan unik. 
  2. tetapkan pembaca sasaran (tua, muda, remaja @ kanak). 
  3. tetapkan perwatakan, latar dan sudut pandangan. 
  4. susun konflik dan alir cerita. 
  5. gambarkan peristiwa-peristiwa utama. 
  6. banyak membaca. 
  7. menguasai bahasa. 
  8. perbanyakkan latihan menulis. 
  9. menulis sesuatu yang paling dekat dengan diri kita (secara bebas dan lupakan teori). 
  10. menjadikan novel orang lain sebagai rujukan (bukan meniru bulat-bulat).
RUJUKAN

Aku harap apa yang aku kongsikan nie, membantu kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama dengan aku iaitu menjadi seorang novelis.. okey lah, aku sop ka sini untuk hari nie.. sambung esok pulak.. In Sya Allah, di panjangkan umur..