♬♪♫ ヾ(*・。・)ノ ♬♪♫ Welcome To Myra Atiera World ヾ(^∇^)

♬♪♫ ヾ(*・。・)ノ ♬♪♫ Welcome To Myra Atiera World ヾ(^∇^)

Isnin, 22 Disember 2014

# > Long Story < #

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..
Salam rindu buat rakan pembaca..
did'nt relize that time move very fast..
it's already last month for 2014..
one week to go to the New Year..

Berbulan tinggalkan Reality World tanpa update sepatah kata..
bukan menyepi tapi terlalu buzy..
Now want to share something..
I already got the job.. working in office..
it's totally boring..
hhmmm..aku memang tak sesuai agaknya kerja kat ofis..
You all will be shock if I tell that i'am working at
"Bukit Jalif Golf & Country Resort"..
YES..!! not a dream or your eye get damage..
I'am now working there as clerk at Golf Deparment..
terus lari dari course diploma yang aku amik..

Sebut pasal Diploma.. aku dah pun selesai Konvo..
# 8/11/2014 #
and i'am sorry because tell u all just now..
and you will not believe that I got the best student for my course..
Alhamdulillah.. ^_^
Mak and Baba got the VIP seat the day I Konvo..
one more thing i feel sorry to the two person..
poor my little sis and my little cousin just wait outside the hall..
but thank you for being there for my special day..

an another story want to tell you guys, that aku sekarang ni buat dua kerja..
baru bulan ni je mula the second job..
first sebagai kerani and then jadi partime kat coolblog..
coolblog?? yes coolblog sama yang aku kerja sebelum ni..
kesian kak nani and abang nazim..
nak cerita pun rasa xlarat nak taip..
Letih.. memang letih.. entah sampai bila aku mampu bertahan..
tapi aku akan tetap bertahan sampai kak nani beranak and habis pantang..
Aku ikhlas tolong diorang.. InSyaAllah..
Hope kak nani and baby selamat.. amin..

About Nabihah..
My little sis nak masuk sem 4 dah..
will use much money..
i will work really hard from now on..
to support her and will save some for my future..
I hope, adik akan habiskan pengajian dia..
walaupun mak xberharap banyak pada dia
tapi aku tahu mak nak dia pun rasa macam mana menggapai kejayaan..
I will always pray for her success and hope she will always be happy..
Mak and Baba love you little sis.. also me.. >_<

Sorry for long writting.. so much things happend in few month ago..
so that all for today.. happy can write here again..
( # Meet again in another time # )

#P/S : Sorry tak lampirkan gambar konvo..
will share in the nest update..
InSyaAllah..

Ahad, 27 April 2014

# New World #

Salam rindu untuk semua.. 
lama tak berceloteh.. rindu kat korang.. 
buat masa sekarang aku tak ada semangat nak bercerita panjang dengan korang.. tapi apa yang dapat aku hebahkan, aku sekarang dah kerja.. hampir sebulan lepas last paper aku hari tu..  mesti korang tertanya, kerja kat mana? best tak? gaji berapa? jawatan apa? n pape jelah soalannya..
Aku kerja biasa je.. masih belum ada keberanian untuk mohon kat bank atau kerja kat dalam pejabat.. untuk pengetahuan korang kerja aku ni sangat meletihkan.. ada shift dan sangat meletihkan bila hujung minggu.. tapi aku seronok.. aku banyak belajar sesuatu yang aku tak boleh belajar sebelum ni.. contoh macam kawal marah atau lebih jelas kena banyak bersabar, belajar erti tanggungjawab, dan kerjasama.. sekarang ni aku kerja untuk kumpul duit sikit untuk tampung belajar adik, bayar kos-kos yang terlibat and ofcause la untuk tampung sambung degree tahun depan.. nak sambung mana, nanti aku ceritakan semula pada update yang akan datang.. >_<
Sebelum aku undur diri, aku nak bagi tahu, kalau jalan-jalan atau kebetulan lalu dekat LRT Bandar Tasik Selatan, Jangan lupa singgah CoolBlog beli air tau  (lai-lai).. and boleh la jumpa aku kat situ, borak kosong.. tapi sampai bulan 7 je sebab aku nak try kerja kat tempat lain pulak.. timba pengalaman lah katakan..
so see you allz okey..
okey lah.. aku cau dulu.. ada masa aku storyMory lagi kat sini..
Thanks pada yang setia menyinggah ke Blog yang tak seberapa ni..
Daaaaaa... 

Ahad, 16 Mac 2014

## Hari-Hari Terakhir ##

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kawan-kawan..
Semua sihat ke..??
InsyaAllah, korang semua mesti sihat kan..
Aku..?? Alhamdulillah, sentiasa sihat dan semakin sihat.. hehehe..
Hampir two month tak update cerita kat sini.. hmmm.. nak cerita kat korang eak..?? 
eh, dah baca tajuk kat atas tu tak..??
Haaaa.. kalau macam tu berbalik pada tajuk tu, tajuk tu macam bunyi ayat sedih pulak kan..??
sebenarnya tak ada apa yang nak disedihkan, jangan lah salah faham pulak..
Actually, sekarang aku dah nak habis belajar.. tak lama lagi I got my diploma.. huhuhuhu
(ada sape-sape jelez tak??)
Tak payah jelez-jelez cause aku tahu mesti yang dah ada Degree/Master/Phd pun..
Hmmm aku pulak yang jelez ngan korang.. hahahahaha... 
Lagi dua minggu aku nak exam final, dua paper and ofcause be my last paper for diploma.. after that MERDEKA...!!!! hehehehe...
Tak sabar nak bergelar Graduan.. huhuhuhu
Oh ya, last two week kitorang (Geng DPI 6B) ada buat program.. best giler, semua sporting habis..
Sebelum ni, budak-budak kelas sentiasa duk dalam geng diorang
So, untuk event hari tu, aku asingkan diorang..
Jadi masing-masing merasa duduk dalam kumpulan baru..
Walaupun event tu tak selancar yang diharapkan,
Tapi bila aku tengok semua orang gembira, aku berpuas hati dengan kegembiraan diorang..
Harap takdelah yang rasa tersisih masa program tu..
Buat masa ni, aku tengah busy buat laporan program,  so sorry sebab
tak sempat nak update sekali dengan gambar event kitorang..
so, ada masa nanti, aku post okey.. ^_^
## Aku Mesti Rindu Diorang Nanti.. ##
~ DPI Group B 2011 - 2014 Always In Memory ~

Rabu, 29 Januari 2014

<~ Being Student Again ~>

Assalamualaikum and Hello-Hello You All..
Genap sebulan aku tak post cerita baru kat sini..
So hari ni aku nak post semua cerita tentang sebulan yang aku lalui sebelum ni..
Get ready untuk baca karangan yang mungkin cikgu BM pun tak larat nak baca..
Sediakan botol yang berisi air, gelas, bantal, selimut, dan pastikan korang semua baca atas katil atau tilam, sebab takut tertidur masa tengah baca esei mengarut aku ni.. kihkihkih.. 
Selamat membaca.. ^_^

First of all, korang kena ucap tahniah kat aku sebab aku dah pun tamat Praktikal dengan jayanya.. Alhamdulillah.. <<pompampompam (bunyi bunga api)>> yahuuuuuu.. akhirnya tamat gak.. papepun aku tersangat berterima kasih dekat semua staff CFS Tabung Haji atas semua tunjuk ajar dan pengalaman yang tak terhingga dari mereka.. Jasa mereka akan aku kenang sampai bila-bila.. Rugi rasanya bila aku baru mula selesa dengan diorang, tempoh LI aku pun habis.. hmmm aku akan rindu diorang.. 

Bila dah tamat LI, terus aku bersedia untuk assignment presentation mengejut.. mana tak mengejutnya, kawan aku masukkan nama aku dalam group diorang, so nak tak nak aku terus buat presentation dengan diorang masa first day aku masuk kelas.. memang kerja yang paling gila pernah aku buat.. habis je, presentation tu, aku sibukkan pulak diri dengan buat laporan LI yang tarikh last submidnya hari Khamis minggu first aku masuk kelas tu juga.. memang semput la.. dah la kena buat tiga salinan, satu untuk hantar kepada Puan Azua, satu salinan Jabatan sumber manusia dan satu lagi untuk jabatan yang aku LI..

Dalam masa yang sama aku kena buat proposal untuk program kelas.. Memang kelam kabut la aku minggu pertama tu.. Nak dijadikan cerita, aku tak sempat siapkan laporan LI dan hantar pada tarikh yang ditetapkan.. Bincang punya bincang dengan Puan Azua, akhirnya Puan Azua pun bagi peluang hantar hari Isnin sebab hari Jumaat tu cuti Thaipusam.. Minggu kedua aku kat kolej sebenarnya dah masuk minggu midterm, disebabkan subjek kitorang takde midterm dan dah ditukarkan kepada hands-on, sepatutnya aku dah start cuti pertengahan semester la.. tapi nak hantar report LI and proposal, 3 hari berturut aku kena pergi kolej.. hmm.. redho je lah..

Akhirnya, report LI je yang dah selamat submid dan proposal program akan dihantar lepas cuti nanti.. Pihak kolej memang banyak songeh.. Asyik tukar-tukar format je.. Letih betul..!! Macam nak melemahkan semangat pelajar untuk anjurkan program je..!! Dah la RM 50 tarik macam tu je dari pinjaman PTPTN.. Pastu nak luluskan program banyak songeh pulak.. Karang kata tak halal, nanti tak pasal-pasal tutup pulak kolej tu.. So nak tak nak aku kata 'saya ikhlaskan tindakan pihak kolej tu..'

Masa hari hantar report LI tu, aku hantar sekali dengan Halif, Nuha and Albahirah.. Masing-masing ada sebab sendiri kenapa hantar lambat.. So, nak diceritakan kat sini, lepas hantar report tu Alip bawa kitorang pusing-pusing pusat bandar.. Katanya nak lepas stress.. Katanyalah.. So merasa la jugak aku nak kenal selok-belok bandaraya kolumpo ni kan.. huhuhu..



Nuha minta Alip bawa pergi Tugu Negara.. So kat situ je lah yang kitorang sempat snap-snap beberapa gambar.. Ada banyak lagi, tapi yang ni je yang termampu aku kongsikan.. ^_^

Dan sekarang bermulalah minggu cuti pertengahan semester aku.. masak, basuh baju, makan, basuh pinggan mangkuk-periuk belanga, baca novel, online, tengok cerita dan tidur..!! ofcouse tidur mesti ada,, huhuhu.. itu je lah kerja aku.. di samping jaga mak.. sebut pasal mak aku, aku harap mak akan cepat sembuh.. aku perlukan mak yang prihatin dan boleh backup aku masa-masa tertentu.. hmmm.. eh, pehal tetiba sebak ni.. tutup citer sedih.. haaa.... Khamis ni, satu-satunya adik aku yang sekarang belajar kat pahang akan turun KL.. Maklumlah kolej cuti sempena Tahun Baru Cina.. Moga perjalanannya lancar, dan selamat sampai.. InsyaAllah, Amin..

Aku rasa aku dah terlebih cerita dah ni.. So, aku stop kat sini je ek.. Apa-apa hal, aku update lagi nanti okey.. ada masa jumpa lagi pada update seterusnya.. Annyeoongg..!! Wassalam..