♬♪♫ ヾ(*・。・)ノ ♬♪♫ Welcome To Myra Atiera World ヾ(^∇^)

♬♪♫ ヾ(*・。・)ノ ♬♪♫ Welcome To Myra Atiera World ヾ(^∇^)

Rabu, 29 Januari 2014

<~ Being Student Again ~>

Assalamualaikum and Hello-Hello You All..
Genap sebulan aku tak post cerita baru kat sini..
So hari ni aku nak post semua cerita tentang sebulan yang aku lalui sebelum ni..
Get ready untuk baca karangan yang mungkin cikgu BM pun tak larat nak baca..
Sediakan botol yang berisi air, gelas, bantal, selimut, dan pastikan korang semua baca atas katil atau tilam, sebab takut tertidur masa tengah baca esei mengarut aku ni.. kihkihkih.. 
Selamat membaca.. ^_^

First of all, korang kena ucap tahniah kat aku sebab aku dah pun tamat Praktikal dengan jayanya.. Alhamdulillah.. <<pompampompam (bunyi bunga api)>> yahuuuuuu.. akhirnya tamat gak.. papepun aku tersangat berterima kasih dekat semua staff CFS Tabung Haji atas semua tunjuk ajar dan pengalaman yang tak terhingga dari mereka.. Jasa mereka akan aku kenang sampai bila-bila.. Rugi rasanya bila aku baru mula selesa dengan diorang, tempoh LI aku pun habis.. hmmm aku akan rindu diorang.. 

Bila dah tamat LI, terus aku bersedia untuk assignment presentation mengejut.. mana tak mengejutnya, kawan aku masukkan nama aku dalam group diorang, so nak tak nak aku terus buat presentation dengan diorang masa first day aku masuk kelas.. memang kerja yang paling gila pernah aku buat.. habis je, presentation tu, aku sibukkan pulak diri dengan buat laporan LI yang tarikh last submidnya hari Khamis minggu first aku masuk kelas tu juga.. memang semput la.. dah la kena buat tiga salinan, satu untuk hantar kepada Puan Azua, satu salinan Jabatan sumber manusia dan satu lagi untuk jabatan yang aku LI..

Dalam masa yang sama aku kena buat proposal untuk program kelas.. Memang kelam kabut la aku minggu pertama tu.. Nak dijadikan cerita, aku tak sempat siapkan laporan LI dan hantar pada tarikh yang ditetapkan.. Bincang punya bincang dengan Puan Azua, akhirnya Puan Azua pun bagi peluang hantar hari Isnin sebab hari Jumaat tu cuti Thaipusam.. Minggu kedua aku kat kolej sebenarnya dah masuk minggu midterm, disebabkan subjek kitorang takde midterm dan dah ditukarkan kepada hands-on, sepatutnya aku dah start cuti pertengahan semester la.. tapi nak hantar report LI and proposal, 3 hari berturut aku kena pergi kolej.. hmm.. redho je lah..

Akhirnya, report LI je yang dah selamat submid dan proposal program akan dihantar lepas cuti nanti.. Pihak kolej memang banyak songeh.. Asyik tukar-tukar format je.. Letih betul..!! Macam nak melemahkan semangat pelajar untuk anjurkan program je..!! Dah la RM 50 tarik macam tu je dari pinjaman PTPTN.. Pastu nak luluskan program banyak songeh pulak.. Karang kata tak halal, nanti tak pasal-pasal tutup pulak kolej tu.. So nak tak nak aku kata 'saya ikhlaskan tindakan pihak kolej tu..'

Masa hari hantar report LI tu, aku hantar sekali dengan Halif, Nuha and Albahirah.. Masing-masing ada sebab sendiri kenapa hantar lambat.. So, nak diceritakan kat sini, lepas hantar report tu Alip bawa kitorang pusing-pusing pusat bandar.. Katanya nak lepas stress.. Katanyalah.. So merasa la jugak aku nak kenal selok-belok bandaraya kolumpo ni kan.. huhuhu..



Nuha minta Alip bawa pergi Tugu Negara.. So kat situ je lah yang kitorang sempat snap-snap beberapa gambar.. Ada banyak lagi, tapi yang ni je yang termampu aku kongsikan.. ^_^

Dan sekarang bermulalah minggu cuti pertengahan semester aku.. masak, basuh baju, makan, basuh pinggan mangkuk-periuk belanga, baca novel, online, tengok cerita dan tidur..!! ofcouse tidur mesti ada,, huhuhu.. itu je lah kerja aku.. di samping jaga mak.. sebut pasal mak aku, aku harap mak akan cepat sembuh.. aku perlukan mak yang prihatin dan boleh backup aku masa-masa tertentu.. hmmm.. eh, pehal tetiba sebak ni.. tutup citer sedih.. haaa.... Khamis ni, satu-satunya adik aku yang sekarang belajar kat pahang akan turun KL.. Maklumlah kolej cuti sempena Tahun Baru Cina.. Moga perjalanannya lancar, dan selamat sampai.. InsyaAllah, Amin..

Aku rasa aku dah terlebih cerita dah ni.. So, aku stop kat sini je ek.. Apa-apa hal, aku update lagi nanti okey.. ada masa jumpa lagi pada update seterusnya.. Annyeoongg..!! Wassalam..